Bendung pembalakan haram



KUCHING: Langkah-langkah bersepadu perlu dalam usaha membendung penerokaan hutan yang tidak terkawal dan aktiviti pembalakan haram yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar.

Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan memperhebatkan pemeriksaan berterusan di kawasan yang berisiko tinggi.

Selain itu, kerjasama semua pihak seperti Jabatan Hutan, Polis dan agensi penguatkuasaan berkaitan haruslah dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 di DUN Sarawak hari ini. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget