Dakwaan Chong hanya bermotifkan politik



KUCHING: Dakwaan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen akan kaedah pemberian projek Lebuh Raya Pan Borneo hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja adalah bermotifkan politik.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah projek kerajaan persekutuan bukannya projek mengikut bajet negeri.

"Sekiranya Chong jujur dan benar-benar ingin bertanya mengenai perkara ini (Lebuh Raya Pan Borneo), mengapa beliau (yang juga Ahli Parlimen Kuching) tidak membawa perkara ini ke parlimen?"

"Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan projek kerajaan Malaysia dan Chong, sudah salah gelanggang bagi menyuarakan perkara ini."

"Chong hanya berniat untuk melaga-lagakan pelbagai kaum dengan membangkitkan perkara ini namun, saya percaya, ianya takkan berjaya kerana kita di Sarawak sudah lama hidup bersama dalam keadaan aman damai."

Manyin di temui pemberita di pejabat pada hari kedua Persidangan DUN Sarawak di DUN Sarawak, Petra Jaya hari ini.

Chong sebelum ini dipetik dalam sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion dengan jalan sepanjang 1,663 kilometer itu hanya diberikan kepada syarikat kontraktor yang didakwanya 100 peratus kaum Melayu. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget