Jalan tidak dipeduli selepas dinaik taraf 10 tahun lalu


KUCHING: Selepas dinaik taraf 10 tahun lalu, Jalan Kampung Beradau yang terletak di Jalan Kuching-Serian terus tidak lagi diberi perhatian sehingga kini oleh pihak berkuasa berkaitan.

Apa yang dilihat pada hari ini, permukaan jalan kampung berkenaan telah banyak berlubang menyebabkan ia begitu tidak selesa dilalui penduduk di situ.

Menyedari perkara itu, Pengerusi PKR Cabang Puncak Borneo (Mambong) Willie Mongin baru-baru ini turun padang bagi meninjau keadaan jalan yang digunakan setiap hari oleh kira-kira 35 keluarga di kampung terbabit.

“Jalan Kampung Beradau perlu diturap dengan segera kerana keadaan jalan telah banyak berlubang.

“Kali terakhir jalan ini dinaik taraf adalah 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2005 dan sejak dari itu, jalan ini tidak pernah diturap secara penuh,” katanya di sini, semalam.

Menurut Willie yang juga bakal calon PKR di DUN Mambong, jalan tersebut cuma ditampung secara rawak pada tempat yang berlubang dan menyebabkan permukaan jalan tidak rata.

“Keadaan ini boleh mengundang kemalangan kepada penduduk kampung ini yang menggunakannya setiap hari,” katanya.

Justeru, beliau telah menghubungi MPP dan pihak berkuasa tempatan itu berjanji akan memberi perhatian terhadap situasi jalan tersebut.

“Saya memohon dan menggesa MPP melakukan kerja membaik pulih jalan ini dengan segera supaya keselamatan pengguna jalan ini lebih terjamin terutama pada waktu malam,” katanya.-UtusanBorneo



Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget