Kit Siang gesa Najib mansuhkan BTN dalam semakan bajet


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razal digesa memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) di bawah semakan semula Bajet 2016 kerana ianya merupakan program yang disifatkan sebagai anti negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pemansuhan BTN boleh disusuli dengan satu kajian sama ada unit itu boleh dirombak supaya dapat memupuk penyatuan kaum dan bukannya mengalakkan perpecahan, rasisme dan ektremisme yang berlangsung selama tempoh 3 dekad.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kumpulan penjawat awam kanan Melayu seperti G25 turut mengkritik BTN kerana menyebarkan dakyah perkauman.

Lim berkata, sepanjang tempoh 30 tahun, Parlimen memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion untuk operasi biro itu dan menambah dari tahun 2010 hingga 2016, bajet untuk BTN mencecah RM400 juta.

Tambahnya, BTN juga gagal menjadikan Rukun Negara sebagai teks asas dalam kursus awam menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia tidak mengendahkan ideologi negara sebagai prinsip panduan.

Katanya, RM1.2 bilion yang diperuntukkan adalah lebih baik dibelanjakan untuk orang miskin memerlukan daripada cuba mengekalkan agensi anti negara yang cuba berselindung di sebalik nama patriotik.

"BTN juga gagal memanfaatkan kedudukan unik Malaysia sebagai pertemuan agama dan tamadun dunia yang hebat, untuk menyebarkan dan sebaran nilai-nilai terbaik daripada mereka," katanya. –The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget