Manyin umum bersedia pertahankan kerusi Tebedu


KUCHING: Dato Sri Michael Manyin Jawong mengumumkan beliau bersedia untuk mempertahankan kerusi Tebedu yang beliau duduki selama 20 tahun sejak 1996.

Beliau berkata ini sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau (Manyin) akan dikekalkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Ketua Menteri sudah menyatakan saya akan bertanding…tiada rahsia lagi mengenainya.

“Ini bermakna, saya akan bertanding untuk satu penggal lagi.

“Apabila DUN dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya, saya akan menjadi calon bagi N21 Tebedu,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu pada malam kelmarin (Rabu).

Manyin yang kini berusia 70 tahun turut menyampaikan penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pengundi sejak pertama kali dipilih sebagai ADUN Tebedu.

Katanya dengan sokongan dan kerjasama daripada pengundi, kawasan tersebut kini menikmati jaringan jalan raya yang baik dan semua kampung sekarang turut mendapat bekalan elektrik dan air terawat.

Beliau menambah, banyak perubahan telah berlaku berbanding dalam tempoh beberapa tahun pertama beliau menjadi wakil rakyat Tebedu, apabila kebanyakan jalan kampung belum diturap malah beliau terpaksa melawat kampung menggunakan helikopter ketika itu.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget