Polis Terima Terjemahan Rakaman Percakapan Siasatan Terhadap Justo Dari Pihak Thailand - Khalid


KUALA LUMPUR - Polis telah menerima transkrip terjemahan rakaman percakapan bekas Eksekutif Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, semalam dalam membantu pasukan itu menyiasat kes berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata transkrip asal rakaman itu ditulis dalam Bahasa Thai dan terjemahannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

"Berikan polis masa untuk jalankan siasatan kerana selain meneliti transkrip itu, polis juga akan meneliti lebih 200,000 emel berkaitan Justo," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang anjuran Persatuan Kepolisan Komuniti bersama Ketua Polis Negara, di Taman Puchong Utama, di sini hari ini.

Pada 16 Dis lepas, Khalid mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan Justo berkaitan isu 1MDB di penjara di Bangkok.

Justo kini menjalani hukuman penjara kerana cubaan memeras ugut Petrosaudi International.

Terdahulu, Khalid menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis dan anggota Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang terlibat menjayakan aktiviti Kepolisan Komuniti.

- Bernama

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget