PRN: SWP Katibas tetap mahu Munan Laja dicalonkan


SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) Cawangan Katibas tetap mahu Setiausaha Agung SWP, Munan Laja dicalonkan mewakili parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pegawai Penerangan SWP Katibas, Seban Selat berkata semua ahli parti di Katibas tetap mahu Munan menjadi calon mereka meskipun Munan mengatakan tidak berminat bertanding.

“Kami tetap dengan keputusan kami dahulu iaitu mahu Munan dicalonkan. Kami dengan sebulat suara memohon agar Munan menarik balik keputusannya dan bertanding di Katibas,” katanya dalam kenyataannya di sini semalam.

Seban berkata, peringkat cawangan parti sudah memutuskan Munan adalah calon SWP di Katibas seperti dalam mesyuarat mereka pada November tahun lalu.

“Sehingga kini, kami masih tetap dengan keputusan itu sebab kebanyakan ahli SWP masih baharu dan amat memerlukan kepimpinan orang seperti Munan ini menjadi calon SWP.

“SWP percaya kebolehan dan kemampuan Munan memenangi kerusi DUN Katibas pada PRN kali ini,” jelas kenyataan itu.

Munan, 55, merupakan Timbalan Presiden Sarakup Dayak Iban Sarawak (SADIA) dan namanya tidak asing lagi bagi Dayak di Katibas dan negeri ini melalui persatuan tersebut.

Beliau juga pernah menjadi pegawai sebuah agensi kerajaan selama tujuh tahun.

Selain itu, Munan pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Sibu (Kaunselor) dari tahun 2004 hingga 2008.

Ayah Munan pernah menjadi penghulu di kawasan Katibas selama 27 tahun (1961-1988) dan ini menyebabkan mereka sekeluarga mempunyai hubungan erat dengan rakyat.

Ini membolehkan Munan mempunyai kelebihan serta sangat sesuai menjadi calon SWP di kawasan DUN Katibas.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget