Kritikan pembangkang untuk kelirukan rakyat


Penurunan kuasa bukan perkara baharu, tindakan susulan dibuat mengikut Perjanjian Malaysia
SIBU: Kritikan pembangkang berhubung isu penurunan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri hanya bertujuan mengelirukan orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata penurunan kuasa itu bukan sesuatu perkara baharu dan merupakan tindakan susulan dibuat mengikut Perjanjian Malaysia.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pernah menyentuh mengenai perkara tersebut beberapa hari selepas dilantik sebagai ketua menteri.

“Semua rakyat Sarawak harus sedar perbincangan dengan kerajaan persekutuan itu tidak berlaku sekiranya semua itu atas usaha pembangkang,” katanya di sini malam kelmarin.

Nancy ditemui pada majlis makan malam sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2016 di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawa Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum serta isteri, Puan Sri Datin Seri Panglima Charlene Siim C. Jintoni, Hakim Mahkamah Tinggi Puan Supang Lian serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Brenndon Keith Soh, Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak Leonard Shim, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiruneelakan serta yang lain.

Menurut Nancy, adalah perlu semua rakyat Sarawak memberi mandat kepada Adenan dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang membolehkan kerajaan negeri meneruskan rundingan dengan kerajaan pusat masa akan datang.

Sebelum ini, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri mendakwa bahawa parti tersebut memulakan dan menetapkan agenda untuk pergerakan autonomi apabila mereka melancarkan ‘2014 Bintulu Declaration-Towards Equal Partners’ pada 26 Oktober 2014.

Nancy memberitahu, isu dibincangkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat amat penting dan langkah-langkah diambil dalam tiga fasa rundingan merupakan proses yang betul selepas mengambil kira kepentingan isu-isu berkenaan.

“Salah satu perkara amat penting dibangkitkan Adenan dalam peringkat pertama rundingan Sarawak dikonsultasi dalam merangka perundangan persekutuan berfaedah atau memberi kesan kepada rakyat dan kerajaan negeri,” jelasnya.

Berucap ada majlis itu, Nancy menasihati golongan profesional termasuk sektor perundangan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang komen atau kenyataan kerana orang ramai cenderung mempercayai kritikan dibuat golongan tersebut.

Beliau juga meminta kerjasama lebih erat antara kerajaan dengan Majlis Peguam dan hakim untuk kepentingan negara, menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan pentadbiran sempurna serta saksama dalam soal keadilan.

“Dengan kemajuan dalam komunikasi, kita dapat berkongsi sesuatu perkara dengan serta-merta. Namun kita menghadapi masalah memperbetulkan sesuatu laporan tidak tepat.

“Sebab itu, saya berharap semua pihak lebih berhati-hati dan berwaspada apabila hendak menyatakan sebarang komen,” katanya.

Dalam hal ini, Nancy minta Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak memainkan peranan penting dan aktif menyatakan pendirian terhadap isu-isu semasa dan perkara-perkara berkaitan undang-undang.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget