Bagaimanapun, polis, menyifatkan beliau sebagai ahli “kumpulan anarki” yang menyebabkan penahanan berlaku bagi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus.
Menurut tweet kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), Amir diminta menjalani ujian air kencing semasa ditahan hampir 2 jam.
“ @amirxabdhadi sudah bebas dan kami mengambil gambar bersama untuk meraikannya,” kata LFL dalam tweetnya disertakan gambar aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan penyokongnya.
Penyelaras LFL Michelle Yesudas mengesahkan pembebasan Amir melalui akaun Twitter peribadinya.
LFL juga mempersoalkan mengapa Amir diminta menjalani ujian air kencing sedangkan tuduhan kepadanya ialah bercakap pada perhimpunan hari ini yang dianjurkan pelbagai kumpulan sivil untuk menekan Putrajaya supaya tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Rentas Pasifik (TPPA). –
- The Malaysian Insider
Post a Comment