Kekuatan DAP Sarawak Semakin Meningkat


MIRI: Sekumpulan individu terdiri daripada golongan profesional dan ketua masyarakat Dayak mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.

Ia diketuai bekas hakim mahkamah, Augustine Liom, Presiden Industri danTribunal serta peguam, Ellison Ludan, dan bekas pensyarah Institut Perguruan Miri dan Curtin University, Musa Dinggat.

Peguam Christoper Sawan, Anselm Diye, Ketua Kampung Estel Simpo, Tuai Rumah Emperan, Tuai Rumah Engkabang Anggang dan Tuai Rumah Robert Kundang turut menyertai DAP.

Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen berkata kemasukan golongan profesional dan pemimpin Dayak dalam DAP akan memperkukuh lagi kekuatan DAP di Sarawak.

“Kemasukan mereka dalam DAP meningkat lagi kekuatan parti dalam usaha memperjuang nasib dan kepentingan rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Piasau yang juga Setiausaha DAP Alan Ling, Dr Bob Baru dan Paul Raja.

Chong berkata meskipun DAP dilabel BN sebagai parti memperjuang orang Cina, namun ia dianggap dakwaan tidak berasas kerana 60 peratus ahli DAP ketika ini terdiri daripada komuniti Dayak.

“Keahlian kita di Sarawak kian bertambah dengan kemasukan ahli kaum Melayu dan Dayak kerana mereka sedar bahawa parti kita tidak hanya memperjuang satusatu kaum seperti diwarwar BN,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah kerusi yang dipertanding DAP dalam pilihan raya kelak, Chong berkata pihak akan berbincang lebih rapi dengan Pakatan Rakyat dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Kita mendapat sokongan amat kuat menentang BN pada pilihan raya negeri kelak bahkan ramai kecewa dengan kerajaan sedia ada kerana terbeban dengan GST dan nilai ringgit yang susut,” jelasnya.

-Borneo Post Online

Post a Comment

Elitist Dayak keluar SNAP dan kemudiannya menubuhkan PBDS sebab mereka tak mahu bertuankan kaum Cina.PBDS berpecah sebab adanya pemimpin Cina yg lebih dominan.Tertubuhnya PRS dan SPDP adalah berasaskan sebab yg hampir sama- mereka tak mahu bertuankan kaum Cina.Hakikat ini perlu difahami DAP.Habis manis sepah dibuang.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget