Kejutan bakal berlaku di DUN Samariang: PAS Sarawak


Kuching- Lebih 300 penduduk Kampung Samariang Lama dan kawasan sekitar hadir memeriahkan karnival mini yang diadakan di sini Ahad lalu.

Karnival yang dianjurkan oleh PAS DUN N.07 Samariang ini dianjurkan bagi mendekati dan menyantuni rakyat serta memperkenalkan PAS sebagai sebuah parti politik yang sentiasa menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya.

Karnival yang julung kali diadakan ini dimeriahkan dengan sukaneka untuk kanak-kanak, penyerahan sumbangan kebajikan kepada asnaf, pemeriksaan kesihatan percuma dan diakhiri kenduri rakyat.

Menurut Ketua Muslimat PAS Samariang, Habsah Bujang, program kali ini berjaya bukan kerana petugas-petugas PAS yang komited semata-mata tetapi atas sokongan dan bantuan daripada penduduk sekitar yang turut bergotong-royong menjayakan karnival ini.

Karnival ini itu turut diserikan dengan bacaan tahlil dan zikir bersama penduduk kampung. Tutorial penggunaan shawl bagi kaum wanita juga diadakan sebagai bagi mendidik kaum wanita berpakaian sopan sesuai dengan tuntutan Islam.

Majlis yang berakhir sekitar dua petang itu ditutup dengan bacaan selawat beramai-ramai serta sesi bergambar bersama penduduk kampung.

Habsah Bujang berkata, “Kita (PAS) sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam kesemua program yang kita anjurkan bersama masyarakat. Disamping kita menerangkan kepada masyarakat dasar-dasar PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam dan menerangkan isu-isu parah yang melanda negara kita, PAS konsisten menerapkan unsur-unsur dakwah dan tarbiah (pendidikan) sebagai salah satu medan untuk memperbaiki Ummah.”

Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Petra Jaya, Cikgu Syokri Fauzi yang merasmikan Karnival mini “Samariang Sejahtera” ini. Beliau dalam ucapannya melahirkan rasa bersyukur kerana kejayaan PAS menembusi kawasan PBB/BN yang mana sukar ditembusi sebelum ini.

"PAS semakin relevan dan sangat diterima di Samariang. Saya yakin kejutan bakal berlaku di Dun Samariang pada PRN kelak.Ini dibuktikan dengan penyertaan keahlian PAS di Samariang semakin bertambah setiap hari" katanya lagi.

Rata-rata rakyat yang hadir merasa gembira dan terharu atas program yang dilaksanakan ini. InshaAllah, kunjungan PAS pada kali ini telah memupuk keyakinan rakyat Sarawak kepada PAS, sebagai sebuah parti yang boleh diandalkan dan mampu mencetuskan fenomena baru di Bumi Kenyalang ini.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget