Lim Guan Eng Perlu Jelaskan Kes Terowong Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa membuat penjelasan tanpa berselindung kepada rakyat berhubung penyelesaian kes fitnah dengan Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan minggu lalu.

Ini kerana kenyataan susulan Nasrudin bahawa beliau tidak meminta maaf dan tidak memfitnah Lim Guan Eng malah berpegang dengan kenyataannya bertajuk “Terowong Dasar Laut – Penjelasan Tuduhan Fitnah ” yang dibuat pada 8 Ogos 2014 adalah satu dakwaan serius.

Nasrudin juga mendakwa bahawa peguam Lim Guan Eng yang telah menemui beliau beberapa kali untuk menggesa beliau menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Selain itu, Nasrudin dan peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud juga kemudiannya mengesahkan bahawa bahagian khusus yang ditarik balik adalah berkaitan kekeliruan berhubung istilah tender terbuka, rundingan terus atau Permintaan untuk Cadangan (RFP).

Sekaligus kelakuan luar biasa Lim Guan Eng, kata Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Liang Teck Meng telah mengagumkan ramai golongan pemerhati dan rakyat.

Ini kerana, pendekatan terdesak Lim Guan Eng terhadap Nasrudin dan penerimaan anugerah kos RM10,000 olehnya tanpa sebarang ganti rugi adalah bertentangan dengan rekod prestasi Setiausaha Agung DAP itu dalam kes-kes mahkamah sebelum ini yang membabitkan kesudahan sehingga mencecah nilai ratusan ribu ringgit pampasan.

Menurut Teck Meng, selain daripada tender terbuka vs tuntutan rundingan langsung yang ditarik Nasrudin, tuduhan serius lain Nasrudin terhadap Lim Guan Eng pada Ogos 2014 turut merangkumi:

1. Terowong Pulau Pinang tidak mengadakan rundingan awam yang mencukupi sebelum meluluskan projek Terowong Pulau Pinang.

2. Projek Terowong Pulau Pinang termasuk lebuh raya berkaitan pada kos RM6.3 bilion adalah terlampau mahal.

3. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah beroperasi dengan bajet defisit selama bertahun-tahun dan hanya mencatatkan lebihan belanjawan keseluruhan menerusi peningkatan besar penjualan tanah negeri yang semakin berkurangan.

4. Bahawa DAP hipokrit kerana menyerang bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berhubung projek lebuh raya KIDEX atas alasan lebuh raya bertol tidak selari manifesto Pakatan sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri membenarkan konsesi tol 30 tahun bagi projek terowong Pulau Pinang.

Menurut Teck Meng, laporan media dan kenyataan Nasrudin jelas mencadangkan bahawa dakwaan di atas tidak ditarik balik dalam penyelesaian kes itu di mahkamah.

“Secara khusus, dakwaan Nasrudin Hassan mencadangkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mengaburi lonjakan besar dalam operasi bajet defisit menerusi peningkatan penjualan baki aset negeri dalam bentuk tanah di Pulau Pinang adalah serius kerana ianya bukan model tadbir urus kewangan yang mampan dan liang teck meng gerakanbertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, laporan audit pejabat Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini ke atas kewangan kerajaan Pulau Pinang seolah-olah menyokong pandangan Nasrudin berhubung peningkatan jualan tanah untuk membiayai peningkatan defisit operasi kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Teck Meng menggesa Lim Guan Eng berterus terang mengenai pengaturan penyelesaian mahkamah berhubung kes itu kerana keseriusan dakwaan Nasrudin yang memberi kesan kepada keselamatan kewangan masa depan Pulau Pinang serta kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Menurut Teck Meng yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Lim Guan Eng perlu mengesahkan sama ada dakwaan serius Nasrudin yang lain juga telah ditarik balik.

Ini kerana, jika dakwaan serius terbabit tidak ditarik atau ditangani dalam penyelesaian kes terbabit akan sekaligus membawa makna bahawa Lim Guan Eng secara tidak langsung mengakui bahawa dakwaan Nasrudin adalah betul. - BNBBC News

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget