Tengku Adnan arah saya keluar – Mukhriz

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diarah keluar daripada mengikuti mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Menurut Mukhriz ketika ditemui media di lobi PWTC berkata, arahan keluar itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Mereka kata, pada siapa yang hadir tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya,” kata Mukhriz.

Mukhriz beredar keluar meninggalkan mesyuarat tersebut kita-kira jam 3.55 petang.

Sebelum itu, ketibaan Mukhriz di PWTC disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.‎
“Hidup Datuk Seri Mukhriz. Hidup Datuk Seri!,” sorak sebahagian penyokong yang hadir.

Mukhriz kelihatan tenang sambil melemparkan senyuman kepada penyokong yang memberi sorakan.

Mesyuarat MT dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan dipercayai kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak dipercayai mengemukakan tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menggantikan Mukhriz.

Nama itu dikatakan dikemukakan ketika pertemuannya di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur.

Tiga nama itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.- FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget