Ditangkap selepas perhimpunan bantah TPPA


Penyelaras badan hak asasi manusia Suaram, Amir Abd Hadi, ditangkap polis selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian anti-Trans-Pasifik (TPPA) berakhir petang ini.

Aktivis BERSIH, Mandeep Singh, yang bersama dengan Amir, memberitahu polis menangkap Amir di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, pada jam 4.20 petang tadi, dia, Amir dan seorang lagi rakan sedang berjalan ke arah stesen LRT Masjid Jamek apabila dua pegawai polis menghampiri mereka.

Menurutnya, salah seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Saiful meminta kad pengenalan mereka "dan kami meminta kad kuasa mereka dan mereka menunjukkannya".

Bagaimanapun, katanya, pegawai polis berkenaan lebih berminat terhadap Amir dan berkata mereka perlu membawanya ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.

Mandeep berkata pegawai polis itu menjelaskan bahawa mereka telah menerima arahan dari atas untuk menahan Amir.

Mandeep berkata beliau hairan mengapa Amir ditangkap.

"Dia tidak berucap di perhimpunan anti-TPPA, apa yang dilakukannya adalah melaungkan slogan," kata Mandeep.

Isnin lalu, Amir telah mendedahkan surat dari tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang mendakwa mereka kena seksa.

Dalam salah satu surat itu, seorang tahanan mendakwa dia dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, dipaksa melakukan onani, dipaksa menonton video lucah dengan pegawai, dan dipaksa membuat lafaz cerai taklik terhadap isterinya.

Dalam reaksinya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis supaya polis boleh menyiasat.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget