Dua lagi aktiviti pembalakan haram berjaya ditumpaskan


SIBU: Hasil maklumat awam selain risikan anggota penguat kuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu, dua lagi aktiviti pembalakan haram yang beroperasi di sini berjaya ditumpaskan, kelmarin.

Menurut kenyataan akhbar SFC semalam, setelah menerima maklumat awam berhubung aktiviti pembalakan haram itu, anggota penguat kuasa segera dikerahkan menyerbu lokasi seperti dilaporkan di Sungai Kawan Kecil, Jalan Oya.

“Hasil serbuan berjaya menemui sebanyak 373 batang kayu balak haram pelbagai jenis dan saiz diletakkan di blok pembalakan yang telah tutup dan tidak ada sebarang kerja memotong pokok dibenarkan.

“Pemantauan lebih rapi dijalankan juga mendapati tiada sebarang tanda atau cop rasmi terdapat pada kayu balak yang dirampas.

“Pada masa sama, anggota penguat kuasa SFC menemui cop palsu di kebanyakan kayu balak tersebut,” kata kenyataan itu.

Justeru itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Stapang dan kes itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, aktiviti pembalakan haram juga dikenal pasti dijalankan di Mukah.

Kira-kira 800 batang kayu disyaki masih tertinggal di dalam tanah di kawasan Kampung Igan, semalam.

“Batang kayu disyaki yang masih tertinggal di dalam tanah itu dijumpa di tujuh lokasi berasingan di kawasan itu dan berada di luar kawasan aktiviti pembalakan yang dibenarkan,” tambah kenyataan itu.

Siasatan kini masih dijalankan namun buat masa ini SFC menggantung sebarang kerja memindahkan kayu balak dalam operasi pembalakan tersebut.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget