DAP: Satu dunia kata Najib salah


"Satu dunia kata (Najib) salah, tapi Malaysia kata tak salah," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini bahawa Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Lim bercakap kepada media di bangunan Parlimen sebentar tadi.

Beliau berkata penjelasan AG dalam isu itu tidak meyakinkan walaupun mengakui ia tidak menghairankannya.

"Tak menghairankan, memang dijangka. Membaca penjelasan AG itu tidak meyakinkan. Masalahnya, macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah," kata Lim.

Beliau membangkitkan dakwaan kemungkinan AG tidak menjalankan tugas dengan bebas.

AG hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion itu serta siasatan berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau justeru mengarahkan kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.

Apandi berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen sokongan yang menunjukkan wang dimasukkan merupakan sumbangan peribadi tanpa apa-apa balasan.

Malah, katanya, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa sumbangan itu berbentuk suapan dan diberi secara rasuah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berkata, keputusan peguam negara itu sudah dijangkakan.

"Ia sudah dijangka bila mereka tukar peguam negara.

"Kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," tambah anggota Parlimen Permatang Pauh itu.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget