Dendangan lagu Adenan Satem Raih derma hampir RM1.4 juta


SIBU: Tiga buah lagu yang didendangkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Dr Adenan Satem di sini malam tadi meraih sumbangan hampir RM1.4 juta.

Sambil diiringi band D’Cipta dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, beliau mengalunkan lagu malar segar Can’t Help Falling in Love (Elvis Presley), The Young Ones and Travelling Light (Cliff Richard) dan Putus Sudah Kasih Sayang (P. Ramlee).

Nyanyian beliau berjaya meraih sumbangan lebih daripada 20 orang penderma daripada pihak swasta, badan bukan kerajaan, individu perseorangan serta tetamu yang menghadiri majlis perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA).

Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu pesakit buah pinggang dan diabetes.

Terdahulu dalam ucapannya, Adenan, 72, berkata, beliau memerlukan masa lima tahun lagi untuk menerajui Sarawak sebelum bersara.

“Faktor umur dan kesihatan tidak membenarkan saya untuk menerajui lebih daripada tempoh itu,” katanya lapor Bernama.

Namun, sebelum bersara, beliau mahu rakyat memberinya mandat penuh untuk lima tahun lagi selaku ketua menteri untuk membolehkan beliau meneruskan tugas kepada rakyat dan negeri.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun selepas menjadi ketua menteri mulai 28 Februari tahun lalu, beliau telah melaksana 50 polisi kepada negeri dan akan melakukan lebih banyak lagi jika diberi peluang.

Adenan berkata, kekayaan sebenar yang Sarawak miliki ialah perpaduan dan kepelbagaian di mana rakyatnya hidup bersama dan menghormati antara satu sama lain.-FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget