Ahli DAP Tidak Layak, Kerana Masalah Teknikal, kata PKR

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menafikan penolakan pelantikan 2 ahli DAP Dr Abdul Aziz Bari dan Abdul Razak Ismail menjadi ahli majlis dalam kerajaan tempatan kerana merupakan bekas ahli parti itu.

Bagaimanapun, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor itu berkata, kegagalan 2 bekas ahli PKR menjadi ahli majlis adalah kerana faktor teknikal yang tidak dapat didedahkan.

"Siapa kata kita tolak (sebab mereka bekas ahli PKR) itu maklumat palsu, di peringkat awal kita punyai 30 nama ahli majlis yang banyak isu dibangkitkan dan daripada jumlah itu kita sudah selesaikan 16 nama ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program "Jelajah Limau" sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor hari ini.

Beliau berkata, PKR mempunyai 14 nama ahli majlis bagi kerajaan tempatan dan menjangkakan minggu depan pimpinan parti akan dapat mengesahkan dan mengeluarkan senarai sah pelantikan ahli majlis.
"Daripada 14 ahli majlis yang perlu untuk kita sahkan dan daripada jumlah itu 2 darinya ialah dari (DAP), 4 (PAS) dan 8 (PKR).

"Ianya bukan sebab penolakan ianya lebih kepada masalah teknikal yang libatkan beberapa perkara yang kita tak boleh umumkan.

"Namun saya yakin dalam minggu depan kita boleh selesaikan secara berperingkat dan rasanya kalau berlaku beberapa perubahan ia tidak melibatkan jumlah ahli majlis yang banyak, hanya sedikit saja," katanya.

Shuhami berkata, dalam kes Aziz dan Razak sebenarnya tidak timbul isu PKR menolak calon ahli majlis DAP itu kerana pada peringkat awalnya ianya sudah diluluskan dalam mesyuarat exco.

"Ini bukan soal terima atau tak, semuanya diterima semasa mesyuarat exco dulu namun selepas seminggu dimesyuarat ada beberapa pindaan, dalam kes Aziz Bari dan Razak Ismail ada beberapa isu yang dibangkitkan dan ada aduan, kita kena siasat .

"Ini proses biasa dan proses ini bukanlah satu proses untuk menyingkirkan sesiapa tapi satu proses untuk pastikan aduan itu diberi tumpuan disiasat dan dibuat keputusan, saya yakin dalam minggu depan perkara ini dapat diselesaikan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai ahli majlis yang dilantik semula meskipun sudah melebihi tempoh ditetapkan iaitu selama 6 tahun, Shuhaimi berkata perkara itu dapat dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan cadangan daripada cabang parti, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen.

Beliau merujuk kepada kes ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimi Abu Bakar dan katanya pelantikan semula ahli majlis itu kerana mendapat cadangan daripada cabang.

"Dalam kes Halimi ini ada cadangan daripada cabang, Adun dan ahli Parlimen.

"Perbincangan libatkan dan semua pihak mereka akan duduk berbincang dengan majlis pimpinan negeri, akhirnya satu atau 2 nama dicalonkan cabang .

"Kita akan kompromikan untuk semua terlibat mewakili cabang, jadi tidak berbangkit ada yang cabang setuju atau tidak kerana ada persetujuan dicapai.

"Setiap nama dikemukakan tapi macam biasalah bukan semua nama cadangan akan diterima. Semua orang ada hak untuk tidak setuju inilah demokrasi," katanya. – 25 Januari, 2016. TMI
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget