Ada ahli parlimen pembangkang berbelah bagi mengenai TPPA


Ada ahli-ahli parlimen pembangkang bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetapi terpaksa membantah perjanjian itu semata-mata atas dasar kepentingan politik.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, pembangkang ada yang tahu penerimaan yang kuat TPPA oleh masyarakat peniaga.

Bagaimanapun katanya, di pihak pembangkang kepentingan politik mengatasi segala-galanya termasuk kepentingan nasional.

“Saya percaya dikalangan pembangkang, ada juga yang berbelah bagi. Ada yang menerima TPPA namun mereka akan cari isu yang boleh mereka jadikan sebagai tidak bersetuju dan cari kelemahan supaya tidak menyokong TPPA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media.selepas majlis Pre Council Sidang Khas TPPA – BNBBC di ibu negara yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sepatutnya hasil daripada pelbagai penerangan dan usaha kita terhadap menerangkan TPPA akan mendapat sokongan pembangkang, namun akhirnya (bagi mereka) semua kita buat tak betul. Ini satu kelemahan kerana kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan nasional,” kata Shahrir.

Mengulas lanjur mengenai perbahasan TPPA di Parlimen yang bermula esok, Shahrir berkata kerajaan akan diwakili 15 pembahas termasuk ahli Parlimen komponen BN daripada Sabah dan Sarawak

Katanya, BNBBC sudah membuat persediaan berdepan perbahasan tersebut dan keutamaan adalah ahli parlimen yang menyertai Kaukus mengenai TPPA .

“Namun TPPA ini bukan berakhir hanya setakat ia diluluskan di Parlimen sahaja malah lebih daripada itu untuk kita akan memantau perlaksanaannya dengan ratifikasi selama dua tahun.

“Kita akan tubuhkan tiga jawatankuasa daripada BNBBC dalam usaha untuk memperkuatkuasakan undang-undang dan membawa pandangan macam mana penguatkuasaan itu itu boleh dilakukan,” katanya.

- BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget