Fatimah bincang persiapan PRN dengan Wanita PBB Zon Bintulu


KUCHING: Timbalan Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fatimah Abdullah mengadakan mesyuarat dengan Wanita PBB Zon Bintulu semalam.

Mesyuarat yang antara lain membincangkan persiapan akhir sebelum gendang ‘perang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) dipalukan dihadiri wakil Sayap Wanita Jepak, Kidurong, Kemena dan Kakus.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu, mesyuarat terakhir Sayap wanita Zon Bintulu kali ini diadakan selepas Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2016 serta Penyampaian Buku Info Bantuan.

“Majlis turut dihadiri ADUN Jepak, Datuk Talip Zulpilip selaku tetamu undangan program kali ini,” katanya.

“Saya sangat teruja kerana mesyuarat berlangsung penuh harmoni dan banyak input diperolehi hasil idea wakil Sayap Wanita Zon Bintulu.

“Apa yang pasti mereka sudah tidak sabar untuk sama-sama berjuang dengan Sayap Pemuda PBB serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kami sedar bahawa masa untuk berbulan madu sudah lama berlalu dan kini tiba masanya kami menggunakan ‘gear lima’ sehingga gendang PRN dipalu oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Fatimah berkata, mesyuarat juga menzahirkan iltiham untuk bekerjasama dengan semua jentera parti BN dengan matlamat untuk menghadiahkan mandat yang besar kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem agar beliau terus menerajui negeri ini untuk sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi menyeru kepada semua terutama Sayap Wanita agar bersiap sedia mulai sekarang dan sedia dikerah oleh pucuk kepimpinan parti untuk sama-sama menggempur dan berjuang demi kemenangan Barisan Nasional akhirnya,” tegasnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget