Alat sonar kesan MH370 pula hilang di dasar laut


SYDNEY  – Sebuah alat pengesan sonar yang digunakan dalam operasi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi, dilaporkan hilang selepas bertembung dengan lumpur gunung berapi di dasar laut.

Portal The Guardian melaporkan, alat yang dikenali sebagai ‘towfish’ itu digunakan dalam misi pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di dasar laut berhampiran selatan Lautan Hindi.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataannya berkata, towfish tersebut bertembung dengan lumpur gunung berapi setinggi hampir 2,200 meter menyebabkan kabel tunda ken­deraan itu terbuka dan tenggelam.

“Akibat pelanggaran itu, towfish dan 4,500 meter kabel terpisah daripada kapal dan kini terdampar di dasar laut.

“Tiada sebarang kecederaan dialami oleh anak-anak kapal dan kami akan berusaha mendapatkan semula towfish tersebut,” kata agensi itu.

Agensi itu turut menegaskan misi pencarian bangkai pesawat tersebut akan tetap diteruskan dan pihaknya akan terus komited dalam menyelesaikan operasi yang sedang dilakukan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014 dan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, tetapi dilaporkan hilang.

Kehilangan itu mencetuskan misteri penerbangan abad ini dengan pelbagai teori diperkatakan hingga akhirnya pada Januari tahun lalu, pihak berkuasa mengisytiharkan semua penumpang beserta anak kapal MH370 maut.

- Utusan Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget