Aziz Isa buktikan DAP adalah parti berbilang kaum

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah parti untuk kaum cina sepertimana yang sering didakwa pihak Barisan Nasional (BN), sebaliknya DAP adalah parti yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia yang bebilang kaum.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa menjelaskan perkara tersebut dalam ucapannya semasa ceramah pelancaran 'UBAH Machine' di Kuching City Mall pada 27 Januari 2016 lepas.

Menurut Aziz, DAP bukanlah parti perkauman yang memperjuangkan kaum atau agama tertentu seperti BN, dan atas keterbukaan itulah yang membuat beliau tertarik untuk berjuang bersama parti berkenaan.

Malah menurut Aziz, kepemimpinan DAP telah membongkar kesalahan serta penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan Baitulmal Sarawak, yang mana melibatkan kebajikan masyarakat islam di negeri ini.

Mengulas tentang Baitulmal, Aziz yang disebut-sebut sebagai bakal calon DAP dalam pilihan raya negeri akan datang turut mempertikai tindakan kerajaan BN yang menghabis duit berjuta-juta untuk membina komplek islam di beberapa bandar utama di Sarawak, sedangkan masih ramai masyarakat islam yang memerlukan bantuan tapi diabaikan.

“Alangkah baik duit ratusan juta milik Baitulmal digunakan untuk menolong orang melayu islam, dari digunakan untuk membina bangunan,

“Komplek Islam di Kuching sahaja menelan belanja 90 juta, tapi ramai orang melayu islam di Kuching tidak dibantu dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau turut menyakinkan bahawa sokongan terhadap DAP adalah langkah yang tepat untuk membuat perubahan tersebut isu-isu seperti itu.

“Justeru, DAP adalah jentera perubahan untuk menyelamatkan negara dan rakyat,” ujarnya – Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget