TPPA akhirnya diluluskan


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifilk (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama 2 hari sejak semalam akhirnya diluluskan melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen pembangkang bangun dan meminta undian belah bahagi dilaksanakan ketika Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan sesi undian suara selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed selesai memberikan ucapan penggulungan bagi usul tersebut.

"Berikut keputusan belah bahagi, tidak bersetuju dengan usul 84, yang bersetuju dengan usul 127," kata Pandikar, ketika membacakan keputusan pengundian.

Usaha Ahli Parlimen Sepang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) Hanipa Maidin mengemukakan usul untuk Dewan Rakyat menggugurkan perkataan "dan ratifikasi" daripada TPPA juga gagal apabila majoriti ahli Parlimen menolak cadangan tersebut.

Sementara itu, pada sidang medianya, Mustapa berkata, ia perkara terbesar pernah berlaku kepadanya sepanjang kariernya sebagai menteri.

"Ini cabaran terbesar sepanjang karier saya. TPPA ini menimbulkan banyak salah faham ada perkara yang tidak berasas dan saya dapatkan pandangan pelbagai pihak dan saya akur.

"Ini merupakan cabaran paling getir saya, dengan sokongan perdana menteri, dan ahli Kabinet, 'ini bukan one man show, ini collective effort'," kata Mustapa.

Beliau berkata, ini hanya permulaan kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.

"Saya cukup sedar ramai lagi yang bimbang dengan TPPA. Tugas masih belum selesai, ini perjalanan yang baru bermula. Banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya. 

Sejurus mendapat kelulusan Dewan Rakyat, TPPA akan dibawa ke Dewan Negara esok untuk dibahaskan sebelum diputuskan. –

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget