PAS Sarawak siap sedia hadapi PRN


MIRI: Jentera PAS Sarawak telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa, demikian tegas Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa tarikh PRN adalah pada 30 April.

"Persiapan jentera PAS telah hampir 100 peratus siap untuk menghadapi PRN. PRN Sarawak merupakan suatu platform penting untuk rakyat menunjukkan manifestasi kemarahan kepada BN.

"BN telah mendatangkan pelbagai bebanan hidup kepada rakyat dengan peningkatan kos hidup akibat GST dan kedudukan kewangan negara yang semakin tenat.

"Walaupun PRN ini berasingan daripada PRU, namun jika rakyat masih lagi memberi sokongan kepada BN, ini akan menjadi alasan kepada Perdana Menteri dan BN untuk mengekalkan polisi-polisi yang jelas menzalimi rakyat," ujarnya.

Menurut beliau, PAS Sarawak telah memberi khidmat kepada rakyat di kawasan-kawasan tumpuan di mana yakin rakyat akan menilai kesungguhan tersebut dan menterjemahkan sokongan kepada undi.

Jelasnya, undi rakyat kepada PAS amat penting agar ada wakil di dalam Dun Sarawak yang akan menjadi 'check and balance'.

"Paling penting wakil PAS akan berperanan sebagai semak imbang dalam menentukan dasar-dasar negeri yang lebih adil kepada semua rakyat," terang Arifiriazul. – HARAKAHDAILY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget