Hospital baharu Sri Aman dijangka siap Oktober 2018

gambar fail

SRI AMAN: Pembinaan hospital baharu Sri Aman yang menelan kos RM200 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2018.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis bagaimapun berkata, pembinaan projek ini bukan lagi menjadi isu bagi penduduk di Sri Aman sebaliknya projek ini sudah menjadi kenyataan.

“Jelas terbukti, Hospital Sri Aman memang sedang dibangunkan di sebuah tapak bersebelahan dengan bangunan kerajaan persekutuan di Jalan Kejatau dekat sini,” ujarnya semasa Program Walkabout, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman di Rumah Encharang, Nanga Klassen Sekula, Sri Aman dekat sini, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, fasa pertama projek itu iaitu meratakan tanah serta melabelkan tanah telah dilaksanakan pada tahun lepas dengan kos RM10 juta.

“Manakala pembangunan fasa kedua iaitu mendirikan bangunan hospital kini sedang dilaksanakan dengan menelan kos RM170 juta.

“Peruntukan yang selebihnya pula akan diagihkan untuk penyediaan prasarana infrastruktur yang lain seperti pembelian katil dan sebagainya,” ujarnya.

Justeru, kerajaan yakin bahawa hospital baharu Sri Aman ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Oktober 2018.

“Saya menyeru rakyat di Sri Aman khusunya agar bersabar kerana hospital kita yang baharu ini sememangnya dilaksanakan oleh kerajaan.

“Ini sebenarnya bukan janji pilihan raya tetapi projek ini adalah keperluan penting untuk rakyat kita di Sri Aman,” katanya.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Josipah Sabas, Pegawai Bomba Sri Aman Jilin Itar, Pegawai Pertanian Sri Aman Chana Langkan, Pemanca Lee Siang Hua serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Pada program berkenaan, Harden turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada JKKK rumah panjang berkenaan untuk tujuan menjalankan aktiviti JKKK berkenaan.-Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget