SUPP pasti berpeluang menangi sokongan pengundi Padungan


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pasti mempunyai peluang yang baik untuk memenangi sokongan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli SUPP Cawangan Kuching Sim Kiang Chiok berkata demikian kerana banyak isu yang dibangkitkan pembangkang telah diselesaikan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Kini kepimpinan SUPP adalah daripada golongan muda dan profesional untuk melindungi Sarawak selaras dengan MA69 yang meminta lebih kuasa auto-nomi.

“Sekarang kami di DUN bersetuju mengenai per-kara itu dan jawatankuasa telah ditubuh bagi membincang dan menerus- kan perkara ini untuk dibawa ke peringkat Putrajaya.

“Saya mencadangkan agar rakyat mengundi SUPP supaya rakyat Padungan menjadi sebahagian daripada proses itu dan tidak hanya berdiam diri dan melihat.

“Kedudukan BN kuat di negeri ini dan kita boleh menuntut lebih banyak kuasa autonomi melalui proses penurunan itu nanti,” katanya.

Sekiranya wakil SUPP yang dipilih BN Sarawak maka kita mempunyai lebih kuasa membuat rundingan dan Putrajaya sememangnya menyokong Ketua Menteri dalam se-gala hal.

Tambahnya, parti-parti pembangkang di Sarawak juga menerima arahan daripada ketua mereka dari Semenanjung Malaysia, bagaimana menunjukkan bahawa hak kita dilindungi di sini.

“Sarawak memerlukan kerajaan BN yang kuat untuk meminta lebih auto-nomi daripada kerajaan BN di peringkat persekutuan,” katanya.

Hanya parti politik dari Sarawak yang dapat melindungi Sarawak lebih baik daripada mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia.

“Di kawasan Padungan tidak banyak peningkatan yang kita lihat kerana tidak ada bajet yang banyak diperuntukkan untuk tujuan pembangunan kepada penduduknya kerana menyokong pembangkang.

“Kita semua mahukan pembangunan dan penambahbaikan ke atas bandar raya Kuching yang kita cintai.

“Juga mahu melihat lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan diwujudkan untuk anak-anak kita pada masa akan datang.

“Percayalah kepada BN kerana kita mempunyai idea untuk berurusan dengan semua isu ini tetapi rakyat perlu memberi mandat untuk melakukannya. Sama ada saya akan dinamakan sebagai seorang calon atau tidak, itu tidak penting.

“Apa yang penting ialah apabila parti memerlukan saya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan setia. Saya bersedia berkhidmat jika dikehendaki sedemikian.

“Kita mempunyai seorang Ketua Menteri baharu yang berkaliber dan sentiasa bersedia menyelesaikan sebanyak mana masalah rakyat, dibuktikan dengan lebih daripada 45 dasar-dasar beliau dalam masa kurang daripada dua tahun ini. Kita perlu menyokong dan memberi peluang melalui peng-undian SUPP untuk BN,” katanya.-Borneo Post

Post a Comment

Ini statement syiok sendiri.Apa yg ditakuti calon SPP akan hilang wang pertaruhan di Padungan.Kalah itu memang dlm jangkaan.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget