Ahli Parlimen PBB mungkin bertanding Pilihan Raya Negeri ke-11



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak menolak kemungkinan PBB akan menampilkan Ahli Parlimen sebagai calon Pilihan Raya Negeri ke-11 yang dijangka diadakan pada Mac atau April ini.

Bagaimanapun Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak tidak memberi bayangan siapa Ahli Parlimen yang akan “dibawa balik”.

Katanya, beliau akan mengumumkan senarai calon bertanding daripada PBB beserta parti-parti komponen BN lain pada Mac selepas menilai keupayaan seseorang calon untuk menang.

Daripada 40 kerusi, PBB akan mengisi 10 kerusi dengan muka baharu, dan sebahagian besar penyandang akan kekal manakala selainnya meletakkan jawatan atau ditawarkan bersara.

“Saya tidak boleh menamakan mereka buat masa ini tetapi saya akan umumkan pada masa yang sesuai.

“Akan ada beberapa muka baharu daripada sayap Pemuda dan Wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker DUN Datuk Amar Mohamaf Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Agung PBB Datuk Stephen Rundi Utom dan Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget