GST penyumbang utama hasil Kastam Sarawak


KUCHING: Pungutan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi penyumbang utama hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sarawak dengan jumlah RM1,625,070,057.22 (RM1.6 bilion) setakat 2015.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Datuk Dayang Fatimah Johari, selepas GST pungutan hasil tertinggi dicatat menerusi Duti Eksport serta Cukai Jualan Import.

“Bagi Duti Eksport, pungutan hasil mencatat pungutan sebanyak RM262,616,052.55 dan Cukai Jualan Import sebanyak RM99,554,736.49.

“Manakala selebihnya adalah hasil daripada Cukai Jualan Tempatan, Duti Eksais Tempatan, Duti Eksais Import, Duti Import serta Cukai Perkhidmatan dan pungutan hasil lain.

“Jumlah keseluruhan kutipan hasil bagi 2015 adalah sebanyak RM2,280,474,922.63 yang mana ia menyaksikan peningkatan sebanyak 134 peratus berbanding pungutan dalam 2014 iaitu sebanyak RM974,220,855.39,” katanya.

Tambahnya, bagi 2016, Kastam Sarawak telah berjaya memungut sebanyak RM162,198,558.81 sehingga 25 Januari 2016.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-34 2016 yang disambut serentak di seluruh negara semalam, di pekarangan Wisma Kastam di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai GST, jelasnya Bahagian GST Kastam Sarawak berjaya mendaftarkan sebanyak 26,649 registran GST bagi tempoh 1 April 2015 hingga 27 Januari tahun ini.

Dalam pada itu, katanya Operasi Jejak GST 2016 turut dilaksanakan dengan mengerah 34 kumpulan dianggotai 168 pegawai daripada pelbagai bahagian dan cawangan bagi memeriksa serta melawat syarikat-syarikat yang beroperasi di seluruh Sarawak.

“Dalam operasi itu, sebanyak 1,401 syarikat diperiksa dan dilawati dan sebanyak 20 syarikat berjaya didaftarkan secara In-Situ dalam operasi tersebut.

“Pada masa sama, 11 syarikat turut dikenakan kompaun sebanyak RM75,000 atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan Akta GST 2014,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget