Kesilapan pemimpin BN, pelajar jadi mangsa


SHAH ALAM : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengkaji semula cadangan menggantung biasiswa untuk kursus ijazah dan bursari bagi pra-universiti gara-gara kejatuhan pendapatan negara.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata pelajar tidak patut menjadi mangsa sedangkan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan smendapat biasiswa, bukan pinjaman.

"Kenapa pelajar menjadi mangsa? Kenapa soal pendidikan menjadi mangsa? Apakah kita sanggup korban pelaburan jangka panjang mengenai modal insan negara kita," kata Idris dalam kenyataan media.

Beliau berkata ia membabitkan 700 pelajar untuk ke universiti tempatan dan seberang laut yang mengambil jurusan kritikal dan diperlukan negara pada masa akan datang.

"Kesilapan kerajaan BN yang tidak berhemah sewaktu pendapatan negara melimpah ruah, akhirnya pelajar menjadi mangsa.

"Itu pun masih rasa tidak bersalah atas apa yang berlaku. Sebaliknya beban ini dikembalikan kepada rakyat," katanya.

- Selangor Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget