Pembangkang perlekeh isu rundingan royalti


KUCHING: Pembangkang sengaja memperlekeh isu rundingan royalti minyak dan gas antara kerajaan negeri dan persekutuan terutama menjelang Pilihan Raya Ne-geri (PRN) meskipun mereka maklum proses itu mustahil keputusan mengenainya dapat dicapai dalam masa yang singkat.

Veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos yang dipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal publisiti pilihan raya PBB berkata pemimpin DAP terutama pengerusinya di Sarawak, Chong Chieng Jen cuma mampu bercakap merapu.

“Pembangkang tidak ada isu hendak dijaja dan sekadar cakap merapu. Mereka memang sedia maklum proses rundingan ini akan mengambil masa dengan Putrajaya untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan dan kuasa tetapi mereka mahu ia dalam masa singkat.

“Sebagai parti yang mentadbir negeri seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, mereka juga tidak mungkin dapat keputusan yang cepat daripada Putrajaya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sambil menyifatkan DAP dan PKR sebagai sangat bodoh, beliau berkata pembangkang kini memang tidak dapat berfikir dengan waras dan logik.

“Kenyataan mereka tidak masuk akal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan PAS masih juga pembangunannya lambat dan merupakan negeri termiskin di Malaysia.

“Apa yang pembangkang hendak katakan tentang itu,” katanya.

Begitu juga di Pulau Pinang yang ditadbir DAP.

“Jika anda bukan penyokong DAP permohonan anda untuk sesuatu akan dilengah-lengahkan dan akan berakhir begitu sahaja,” jelasnya.

Malah di Selangor menurutnya, jika seseorang itu bukan ahli PKR mungkin akan menerima layanan lebih buruk.

“Malah mereka sanggup membuli orang mereka sen-diri seperti bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang baik dan jujur,” katanya.

Kelmarin, Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa mengkritik Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kerana masih gagal memperolehi royalti minyak dan gas 20 peratus.

Menurut Chong, masa kejatuhan harga minyak dunia adalah yang sesuai untuk menunaikan tuntutan itu kerana kadar royalti jika dikira berdasarkan situasi itu adalah rendah.

“Dari sudut pandangan kerajaan persekutuan dengan harga minyak AS$28 setong, kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus tidak akan melibatkan pengurangan yang besar kepada pendapatan negara,” katanya.-Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget