Adenan percaya tiada ahli parlimen S’wak terlibat gerakan guling kerajaan


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem percaya bahawa tiada seorang ahli parlimen dari Sarawak terlibat dalam gerakan mengguling kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah tegas Adenan, ahli-ahli parlimen Sarawak tidak mungkin terlibat dalam komplot yang dipercayai didalangi seorang tokoh UMNO yang juga pemimpin Barisan Nasional (BN) bersama pembangkang.

“Saya tidak akan mengulas mengenai perkara ini buat masa ini sehingga saya mendapat gambaran elas mengenainya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako semalam.

Adenan menjelaskan, baginya adalah mustahil ahli parlimen negeri ini terlibat dalam usaha mengguling kerajaan sendiri.

Untuk fakta, isu wujudnya satu gerakan mengguling kerajaan didedah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin ketika merasmi Mesyuarat Perwakilian UMNO Bahagian Ampang di Kuala Lumpur.

Dalam pendedahannya, Zahid berkata rancangan itu dijalankan dengan cara mendapatkan akuan bersumpah ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN menyokong gerakan untuk menumbangkan kerajaan melalui jalan belakang.

Malah Zahid difahamkan bahawa 87 ahli parlimen pembangkang berserta seorang ahli parlimen bebas sedang berusaha supaya ahli parlimen BN menyokong gerakan didalang seorang tokoh UMNO yang pemimpin BN.

Zahid bagaimanapun enggan mendedah nama tokoh terbabit dan percaya peguam kumpulan terbabit sedang menyedia memorandum tujuh muka surat kertas kuning berserta akuan bersumpah dengan menyatakan kononnya mendapat suara majoriti menggulingkan kerajaan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget