Beri keyakinan Tiong dan Masing bincang langkah gabung SPDP, PRS

Presiden Datuk Seri Tiong King Sing

BINTULU: Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menyokong sepenuhnya usaha penggabungan SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam usaha mengukuhkan lagi kekuatan parti yang dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu di negeri ini, kata Ketua Pemudanya Robert Ayu.

Katanya mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (SMT) SPDP di Miri Ahad lalu (16 Ogos) telah mencapai kata persetujuan bagi meneruskan usaha penggabungan kedua-dua parti berkenaan pada masa akan datang.

“Kami di bahagian Pergerakan Pemuda SPDP menyokong penuh usaha kedua-dua belah pihak bergabung ke arah mengukuhkan lagi jentera kekuatan parti bernaung di bawah kepimpinan BN bagi membolehkannya menjadi sebuah parti mantap dan berkaliber dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri ini khusus-nya penyokong kedua-dua parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda SPDP yang diadakan di pejabat SPDP di Pusat Komersil Parkcity di sini, petang Sabtu lalu.

Beliau menggesa semua ahli SPDP memberi keyaki-nan kepada Presiden Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing bagi membincang langkah selanjutnya kearah usaha penggabungan kedua-dua parti berkenaan.

Sambil menjelaskan bahawa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga merupakan rakan seperjuangan yang baik dan rapat selain PRS, Robert berharap ketiga-tiga parti akan meneruskan perjuangan bersama komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang sememangnya menjadi kekuatan kepada BN di negeri ini.

“Kita semua maklum ba-hawa presiden bagi ketiga-tiga parti terbabit mempu-nyai talian serta hubungan yang amat baik antara satu sama lain yang mana ia wajar dikukuhkan lagi dari semasa ke semasa demi kepentingan BN di negeri ini secara kesluruhannya,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyokong kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memohon supaya negeri ini diberi lebih kuasa autonomi semasa Sabah dan Sarawak menyertai penubuhan Malaysia pada 1963.

“Kami di SPDP sememangnya memberi sokongan penuh terhadap penekanan bahasa Inggeris di negeri ini, kebebasan beragama, undang-undang imigresen dan apa yang paling penting ialah setiap jabatan kerajaan harus diketuai anak jati negeri ini,” katanya.

Bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di negeri ini, beliau berkata ahli Pemuda SPDP telah menyatakan hasrat untuk meminta dua daripada 11 kerusi DUN baharu di negeri ini iaitu bagi DUN Samalaju dan Mulu.

Permintaan ini jelasnya diutarakan bagi memberi peluang kepada calon berkelayakan daripada kalangan Pemuda SPDP untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan nanti.

“Pihak kami (Pemuda SPDP) berharap kerajaan mempertimbang hasrat SPDP bagi bertanding di dua kawasan DUN yang ba-haru ini nanti,” ujarnya. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget