Tiada insiden Bersih 4.0 di Kuching

IBARAT PESTA: Suasana perhimpunan BERSIH 4.0 di padang Song Kheng Hai semalam.
Lebih 3,000 orang banjiri padang Song Kheng Hai sertai perhimpunan BERSIH 4.0.
KUCHING: Penganjuran Perhimpunan BERSIH 4.0 di Sarawak berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang insiden berlaku meskipun disertai lebih 3,000 orang.

Malah, peserta yang terdiri dari pelbagai kaum bukan sahaja dari Kuching tetapi, Kota Samarahan, Miri, Bintulu, Sri Aman, Betong, Kanowit dan Simunjan mula membanjiri padang Song Kheng Hai sekitar jam 3 petang.

Menurut seorang peserta Mathew Tria Rugah, 64, beliau bersama 30 penduduk dari Kanowit sanggup datang ke Kuching demi menyokong perhimpunan itu.

Beliau yang teruja menyertai perhimpunan itu semalam turut memuji kesemua peserta BERSIH 4.0 di Sarawak kerana berjaya berhimpun secara aman dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kekecohan.

“Saya gembira datang dan ikut serta perhimpunan BERSIH 4.0 di sini.

Saya berharap objektif penganjuran perhimpunan ini dapat dicapai untuk kita memastikan negara ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, ekonomi yang kukuh, pilihan raya yang telus.

“Kita rakyat Sarawak mahu maju seperti rakyat di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika ditemui di padang Song Kheng Hai, Padungan di sini semalam.

Justeru, beliau berharap kerajaan memenuhi segala hasrat penganjuran perhimpunan BERSIH 4.0 itu bagi memastikan negara dapat diurus tadbir secara telus.

Sementara itu, menurut Sanah Ganga, 46, dari Simpang Machan, meskipun perjalanan dari Kanowit ke Kuching memakan masa lebih lapan jam, beliau bersama rombongan gembira kerana dapat menyertai perhimpunan itu semalam.

“Inilah tanda sokongan kami dari Kanowit untuk memastikan perhimpunan BERSIH 4.0 ini mencapai objektifnya,” katanya.

Pada masa sama beliau menyifatkan perhimpunan BERSIH 4.0 di Sarawak berlainan daripada yang dianjurkan di Semenanjung Malaysia.

“Kita mengikut segala arahan yang ditetapkan berbanding penganjuran di sana (Semenanjung Malaysia) inilah yang membuktikan kita di sini amat berbeza,” ujarnya.

Perhimpunan itu semalam turut diserti wakil rakyat dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak yang diketuai Pengerusinya Chong Chieng Jen bersama Violet Yong Wui Wui, Ting Tze Fui, Yap Hoi Liong, Wong King Wei, Christina Chiew Wang See dan Ling Sie Kiong berkumpul di pekarangan Hotel Hilton sebelum berarak menuju ke Padang Song Kheng Hai sekitar jam 2.45 petang.

Selain wakil rakyat DAP, wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak diketuai Pengerusinya Baru Bian dan Naib Pengerusi See Chee How turut hadir menyertai perhimpunan itu.

Kesemua wakil rakyat itu turut memakai pakaian baju berwarna kuning yang tertera dengan perkataan BERSIH 4.0.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget