Pemuda PBB Satok adakan Solat Hajat Perdana malam ini



KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.8 Satok akan menganjurkan program Solat Hajat Perdana Satok 2015 pada malam ini (27 Ogos), di Dewan Kompleks Islam Baitulmal Kuching.

Ketuanya Iskandar Sharkawi memberitahu, ini merupakan kali kedua pergerakan Pemuda itu mengadakan program bertujuan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan awam tahun ini.

“Kali pertama kami menganjurkan program ini adalah pada tahun lepas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Kami mengambil keputusan menganjurkan program tahun ini di lokasi lebih luas bagi menampung jumlah kehadiran dijangka 1,000 orang,” ujar Iskandar ketika dihubungi semalam.

Program ini juga merupakan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Pengurusan Kompleks Islam Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak, Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok.

Pengisian utama program selain solat hajat ialah sesi ceramah oleh Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Turut dijangka hadiri ialah Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N.8 Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut Iskandar, program ini juga merupakan platfom bagi ADUN N.8 Satok untuk bertemu dengan rakyat di kawasannya seterusnya memberi nasihat kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget