IPU di kawasan Sibu meningkat kepada 93



SIBU: Setakat jam 5 petang semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Sibu meningkat kepada 93 berbanding 75 hari sebelumnya.

Mengikut panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara akan jatuh pada tahap tidak sihat jika IPU melebihi paras 100.

Berdasarkan bacaan IPU daripada la-man sesawang rasmi JAS, peningkatan IPU paling ketara dilihat di kawasan Sri Aman iaitu dengan bacaan IPU 122 pada jam 5 petang semalam berband-ing hari sebelumnya (22 Ogos) pada paras 90.

Petang kelmarin (22 Ogos) IPU Sa-marahan dilihat paling tinggi dengan bacaan 91 dan kini meningkat kepada 112 setakat jam 5 petang semalam (23 Ogos).

Trend peningkatan turut dilihat di semua kawasan utama negeri ini seperti Kuching (102), Sarikei (90), Bintulu (88), ILP Miri (82) dan Kapit (69).


Limbang masih mencatat bacaan IPU sihat iaitu pada paras 50.

Pada Julai tahun lalu, kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat apabila bacaan IPU melebihi paras 200. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget