GHB sedia tanding pilihan raya Sarawak, kata Khalid Samad

Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan selepas tertubuhnya parti baharu dalam masa terdekat dan membentuk Pakatan Rakyat 2.0 bersama DAP dan PKR, kata Khalid Samad.
"Pilihan raya negeri Sarawak kita buat keputusan akan bertanding," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Selangor hari ini.

Khalid bagaimanapun berkata, buat masa ini calon dan agihan kerusi belum dibincangkan kerana mahu bina kekuatan organisasi terlebih dahulu.

"Sekarang ini tak nak sebut calon dan agihan kerusi kerana apa yang penting nak bina kekuatan.

"Sekarang ni pembangkang lemah kerana perpecahan oleh Umno tetapi pada masa sama Umno pun sedang lemah.

"Untuk tempoh setahun dua ini kita akan bina kekuatan. Bila tiba masa nak dekat pilihan raya baru kita lihat keadaan dan keputusan apa yang kita nak lakukan," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget