DAP kecam penganjur kerana hentikan himpunan Bersih 4.0 Kuching



KUCHING: Setiausaha Pemuda Publisiti DAP Petra Jaya Abdul Aziz Isa melabelkan Penganjur Himpunan Bersih 4.0 Kuching Nicholas Mujah dan PKR sebagai pengecut dan bangsat ekoran keputusannya untuk menghentikan Himpunan Bersih 4.0 Kuching hari ini.

"Saya rasa bahawa PKR tidak dapat memerintah Sarawak. Jika jawatan Ketua Menteri diberi kepada PKR, nescaya jika mereka buat silap, DAP akan kena hentam! Sama bangsat dengan Najib! DAP lebih bijak untuk memerintah Sarawak," catat Aziz pada di status akaun Facebooknya hari ini.

"Lebih baik DAP, GHB dan SWP berjuang tanpa PKR. Mereka kata akan ada 20,000 penyokong turun Bersih, 200 pun tak sampai! Penyokong mereka orang Bunian. Kalau tidak kerana ceramah ad hoc DAP semalam, Padang Song Kheng Hai sudah sunyi sepi seawal jam 10 malam. Kerana DAP, rakyat bertahan sampai 12:30 malam sehingga pihak Bersih membatalkan program kerana takut," katanya lagi sambil menambah, kalau takut hendak berjuang, jangan bicara soal perjuangan!

"PKR Sarawak bacul dan penakut. Dalam facebook berani sebut "Turunkan Najib", "Tumbangkan Najib", "Hancurkan BN" dan sebagainya. Bila masa Perhimpuan Bersih 4, orang PKR kecut tak berani sebut. Penyokong DAP lebih berani dari orang PKR."

"DAP Sarawak teruskan laungan "Turun Najib!" Next time, kalau jumpa orang PKR yang kutuk Najib, cakap kat dia " On your FACE!". Mereka berani taik kucing saja tu, nak tunjuk hero konon."

Aziz juga mendakwa, PKR Sarawak dan Bersih Sarawak sokong Najib sebab mereka melarang mana-mana laungan yang menyebut nama individu tertentu.

"Ada agenda tersirat Jawatankuasa Bersih Sarawak. Jeng jeng jeng mesti ada ejen BN menyelinap masuk!," katanya lagi.

Mengenai tindakan Nicholas yang membatalkan ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Pengerusi DAP Chong Chieng Jen semalam dan diganti dengan ADUN Pending Violet Yong, Aziz mendakwa beliau (Nicholas) mungkin cemburu dan PKR mungkin rasa tercabar dengan penceramah DAP yang lantang bersuara.

Jika dilihat dari penulisan Aziz, nyata beliau masih belum matang dalam berpolitik dan terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional ketika menghadapi sesuatu situasi yang tidak berpihak kepadanya.

Biarpun admin tidak menyokong program Himpunan Berish 4.0, secara jujurnya, admin menyanjung tindakan penganjur program tersebut yang berusaha mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak polis bagi mengadakan program tersebut.

Sebagai seorang pengamal undang-undang (Aziz yang bekerja dengan Chong-Peguam), beliau seharusnya lebih memahami bertapa beratnya tanggungjawab seseorang penganjur sesebuah program yang mendapat kebenaran dari pihak berkuasa dan apakah kemungkinannya jika syarat-syarat yang diberikan tidak dipatuhi.

Sekiranya Aziz dan DAP Sarawak benar-benar berani seperti yang beliau dakwa, sila anjur program seumpama itu di bawah nama DAP dan bukannya berselindung di sebalik nama Bersih serta buatlah perkara yang melanggari syarat-syarat yang telah diberi, nescaya Aziz dan DAP akan tahu betapa tingginya atau rendahnya langit itu nanti. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget