PKR Pelawa Ketua Menteri Sarawak Sertai BERSIH Sabtu Ini


KUCHING: Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri See Chee How berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 4.0 di Kuching pada Sabtu ini.

Tegas beliau, ia kerana Sarawak berada dalam ke-dudukan untuk memainkan peranan utama ke arah mencapai matlamat BERSIH 4.0.

“Dengan kepelbagaian kaum dan sosial, Sarawak mempunyai lebih daripada sekadar susunan sosial yang menyenangkan dan harmoni yang wajar dicontohi dan dipamerkan kepada se-luruh negara.

“Malah, pentadbiran negeri juga merupakan negeri tunggal di Malaysia yang membuat komitmen bagi integriti dalam tadbir urus,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Negeri di sini, semalam.

See menambah Adenan juga berada dalam kedudukan untuk memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menamatkan pemecahan kawasan pilihan raya dengan sengaja untuk memberi manfaat kepada kerajaan BN bahawa pentadbiran negeri mahu SPR memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah bebas dan adil untuk meletakkan asas bagi tadbir urus yang baik.

“Ketua Menteri tidak harus berdiam diri mengenai kemelut ekonomi yang dialami negara ini. Tadbir urus yang didakwa lemah pada peringkat persekutuan telah menjejaskan semua rakyat Sarawak dari segi pelaksanaan GST yang menaikkan kos sara hidup.

“Selain itu, sentimen pasaran global yang menurunkan nilai mata wang kita disebabkan oleh skandal kewangan kita dan institusi awam yang semakin merosot juga memberi kesan menyeluruh ke atas seluruh negara,” katanya.

Justeru, See yang juga ADUN Batu Lintang menegaskan bahawa adalah silap sama sekali untuk melihat BERSIH 4.0 sebagai sesuatu yang bersifat Semenanjung Malaysia.

“Semua rakyat Sarawak dan Sabah turut terjejas disebabkan oleh kemelut ekonomi dan politik serta berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana kita adalah sebahagian daripada persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, See turut memuji penganjur tempatan di Sarawak dan polis negeri atas kerjasama mereka dalam merancang dan mengadakan perhimpunan yang aman di Kuching pada hujung minggu ini.

“Dengan kerjasama mereka, peserta boleh diberi jaminan tiada insiden yang tidak diingini dijangkakan dalam acara bersejarah tersebut,” katanya.

- Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget