‘Showcase Merdeka Auto Carnival’ medan peminat permotoran tunjuk semangat patriotik

MULAKAN:Snowdan (empat kiri) bersama Patrick (lima kiri) mengibarkan
Jalur Gemilang dan bendera Sarawak sebagai simbolik melepaskan peserta
‘Merdeka Convoy 2015’ di Icom Square semalam.



KUCHING:Penganjuran ‘Showcase Merdeka Auto Carnival’ menjadi medan peminat permotoran men-unjukkan semangat pa-triotik mereka sempena sambutan Hari Merdeka.

Demikian kata Presiden SLTA Datuk Patrick Liew, kerana gembira dengan penyertaan lebih kurang 400 kenderaan berkuasa tinggi, pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi menyertai ‘Merdeka Convoy 2015’ di sini se-malam.

“Sebelum ini, banyak badan korporat yang menyokong usaha ini, biar kita mulakan dahulu tetapi masih memerlukan sokon-gan kerajaan agar rakyat dapat melihat.

“Kita berharap kerajaan akan memberi geran serta sokongan terhadap pengan-juran program sebegini agar setiap tahun ia akan menjadi semakin besar dan gah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan ‘Merdeka Convoy 2015’ di sini semalam.

Tambahnya, melalui penganjuran program itu, pihaknya mendapati ramai pemandu menjadi lebih berhemah dan menjaga tatatertib di jalan raya.

Jelasnya, usaha itu juga merupakan sebahagian daripada cara mendidik ahli keluarga dan kalangan orang ramai tentang keselamatan jalan raya.

Pihaknya juga berharap jawatankuasa penganjuran akan menjadi lebih besar serta memberi peluang serta komitmen kepada golongan belia.

Selain itu, ia juga menjadi teladan dan idola kepada go-longan belia dan orang ramai dalam memupuk semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sini.

“Kibaran bendera pada kereta dan motosikal mere-ka bukan sahaja sebagai menunjuk jiwa patriotik tetapi tanda kasih kepada negeri dan negara tercinta.

“Tempat penganjuran ini juga diadakan di tempat yang baharu kerana kita percaya ia perlu kerana ban-yak yang semakin berminat untuk menyertai aktiviti sebegini.

“Icom Square memang sesuai untuk penganjuran program kita dan ia beratap serta berupaya memberi keselesaan kepada pen-gunjung dan peserta untuk berseronok,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Neg-eri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan turut hadir untuk melepaskan peserta konvoi sejauh 32km ber-mula dari Icom Square ke Tabuan semalam.

Penganjur turut men-gadakan acara zumba, car limbo, acara drift, cabutan bertuah dan banyak lagi sebagai acara hiburan untuk orang ramai yang hadir. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget