Penduduk DUN Lambir masih guna jambatan usang :PAS Sarawak

MIRI: Penduduk Kampung Subak dalam kawasan DUN Lambir, Miri masih lagi terpaksa menggunakan jambatan usang walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di penempatan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Muhammad Arifiriazul berkata, lebih 9 keluarga yang masih belum mendapat perkhidmatan air bersih terawat. "Yang dapat hanyalah tangki biru yang kadang-kadang berisi, kadang-kadang tidak", ujar beliau.

Selain itu, Arif turut mendengar keluhan penduduk dari kamoung sekitar Subak, Kejapil, keluru dan Satap dalam DUN yang sama berkenaan masalah tapak pelupusan sampah di kawasan berkenaan. "Ia tidak sepatutnya berada di situ", tegas Arif.

PAS Sarawak dalam lawatan ke kawasan DUN Lambir untuk menyempurnakan projek kemasyarakatan 'Untukmu Sarawak' itu akan mengadakan sidang akhbar khas pada Isnin akan datang berkenaan masalah penduduk DUN Lambir.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget