BN Baram yakin tawan tiga kerusi

MIRI: Barisan Nasional (BN) mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk menang ketiga-tiga kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau Jok berkata, ia bukan sekadar anggaran atau tanggapan sahaja tetapi percaya berdasar penilaian sebenar.

“BN punya tahap keyakinan tinggi untuk memenangi ketiga-tiga kerusi DUN yang bakal dipertandingkan nanti,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tiga kerusi DUN yang bakal dipertanding di Baram kerana bakal mendapat pertambahan satu kerusi berbanding PRN lalu.

Menurutnya, rakyat terutama di kawasan pedalaman memang penuh yakin dan berterima kasih dengan apa yang kerajaan BN telah lakukan.

“Sebab kita memang tahu siapa betul-betul bekerja dan siapa yang hanya bercakap retorik sahaja,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu supaya rakyat untuk melihat serta menyenaraikan apa yang telah kerajaan pimpinan BN buat bukan sahaja di Baram namun di semua kawasan pedalaman lain.

“Itu adalah kayu pengukur sebenar kemenangan boleh dicapai dalam PRN yang bakal datang nanti,” ujar beliau lagi.

Mengenai pembahagian kerusi kepada parti di kawasan DUN Baram nanti, beliau memberitahu ia terpulang kepada Pengerusi BN negeri dan bakal disokong sepenuhnya

“Terpulang kepada pengerusi BN negeri untuk meletakkannya (calon parti), kita akan tetap sokong seratus peratus,” tambah beliau.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget