Kemuka segera isu di kawasan masing-masing kepada kaunselor, kata Harden





SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis mengingatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar mengemukakan segera isu di kawasan masing-masing kepada kaunselor pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini.

Katanya ini penting supaya kaunselor dapat mengemukakan isu-isu itu pada mesyuarat PBT untuk tindakan lanjut.

“Saya menasihatkan semua JKKK di kawasan Sri Aman agar tidak berdiam diri jika berlaku isu di kawasan masing-masing seperti masalah perparitan, jalan raya dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di penempatan kaum Cina, Temudok, di sini kelmarin.

Harden turut meminta masyarakat Cina di Sri Aman agar terus memberi sokongan padu kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) amat memerlukan sokongan semua penduduk berbilang kaum di sini termasuk orang Cina bagi memastikan proses pembangunan di sini berterusan.

“Saya berharap masyarakat Cina di sini tidak mudah dieksploitasi pembangkang menjelang PRN akan datang jika mahu melihat Sri Aman terus membangun,” katanya. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget