MPP pertimbang guna sistem parkir berbayar automatik


KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mempertimbang untuk menggunakan sistem parkir berbayar automatik berkuat kuasa tahun hadapan.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata ketika ini MPP sedang meneliti kertas cadangan beberapa syarikat kontraktor berpotensi selain mendapat maklum balas daripada pengguna bagi memastikan sistem diguna pakai nanti lebih mudah serta efisien.
Katanya lagi, MPP mahu memastikan kadar bayaran yang dikena juga tidak membeban pengguna.
“Saya tidak mengatakan sistem diguna pakai sekarang di Sarawak seperti di Kuching, Sibu dan Miri tidak bagus cuma kita mahu yang lebih mudah, praktikal dan efisien untuk membayar yuran serta denda.
“Kita mahu melaksana sistem parkir berbayar untuk jangka masa panjang. Oleh itu, MPP terbuka kepada idea dan cara baharu lebih berkesan serta mesra pengguna,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPP semalam.
Lo menambah dengan menggunakan sistem parkir berbayar automatik, tenaga buruh ramai tidak diperlukan.
Dalam perkembangan lain, Lo memberitahu, tahun ini MPP akan membelanjakan RM1.1 juta untuk memasang lampu jalan di kawasan pentadbirannya yang dibahagikan kepada tiga zon iaitu Batu Kawa, Padawan dan Matang.
Jumlah peruntukan itu, katanya, hanya sebahagian daripada RM3.3 juta peruntukan keseluruhan bagi tujuan tersebut.
“Kita akan memasang lampu jalan ini secara berperingkat-peringkat dan akan memastikan tidak ada kawasan terpinggir. Buat masa ini kita lebih fokus kepada kawasan luar bandar kerana keperluannya lebih tinggi,” jelasnya.
Memberitahu peruntukan itu dari Dana Rizab MPP dan dengan RM1.1 juta dibelanjakan tahun ini, pihak berkuasa tempatan itu dapat memasang kira-kira 60 peratus daripada jumlah diperlukan meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi MPP Dr Zaidi Suhaili, Setiausaha MPP Andrew Joris Noyen. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget