Sarawak negeri termundur :Bunsin DAP

KUCHING: Sarawak merupakan negeri yang termundur sekali dibawah pimpinan UMNO-BN walaupun realitinya ia sebuah negeri yang kaya dengan minyak, kata Bunsin Kalun selaku Naib Pengerusi DAP Serian.

"Walaubagaimanapun, DAP tetap tidak berputus asa berjuang demi rakyat", ujar beliau semasa ceramah 'Kopitiam Talk' anjuran DAP semalam.

"Sebagai seorang Dayak, isu tanah adat, Pulau Galau, tanah NCR sungguh mengecewakan", tambah beliau yang turut menyatakan bahawa kes rayuan untuk isu tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuching pada 1 September akan datang.

Bunsin turut berkata bahawa dibawah pemerintahan BN, pelbagai masalah timbul iaitu GST. Menurutnya lagi, hasil seperti getah, lada, kelapa sawit turut dikenakan GST dan ini membebankan rakyat.

"Sekiranya BN masih terus memerintah, negara akan bankrap. Nilai matawang ringgit sekarang semakin jatuh berbanding USD", ujar beliau.

Semasa ceramah berkenaan, Bunsin turut menyatakan bahawa DAP mahu kuasa autonomi Sarawak merangkumi aspek pendidikan dan hak kutipan cukai.

"Semasa lawatan Najib baru-baru ini, dia (Najib) turut mengumumkan isu berkenaan autonomi tetapi itu hanyalah janji palsu untuk memancing undi rakyat Sarawak", tegasnya lagi.

'Kopitiam Talk' anjuran DAP Sarawak semalam berlangsung di Ying Wah Yuen Cafe, Jalan Nanas Kuching dan dijangka akan diadakan setiap hari Jumaat pada tempat yang akan dimaklumkan nanti.

Turut hadir pada ceramah tersebut semalam ialah Abdul Aziz Isa, YB Violet Yong dan Mordi Bimol.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget