‘Presiden parti kini sedang diuji Allah’ - Zahid Hamidi

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang penting dalam menghadapi setiap masalah yang berlaku adalah ketaatan dan setiakawan ahli terhadap parti.
PUTRAJAYA : Permasalahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi dan ke atas pemimpin adalah lumrah bagi mana-mana parti yang mempunyai kedinamikannya tersendiri.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang penting dalam menghadapi setiap masalah yang berlaku adalah ketaatan dan setiakawan ahli terhadap parti.

Menurutnya, pemimpin datang dan pergi malahan mereka juga diuji Allah dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana daya tahan dan daya saing seseorang pemimpin tersebut.

“Presiden parti juga kini sedang diuji Allah dengan ujian yang pernah dialami pemimpin terdahulu dalam bentuk yang berlainan.

“Oleh itu, kita boleh berbeza pendapat tetapi ia harus tanganinya dengan tertib dan penuh bijaksana dan bukannya secara sebarangan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tambah Ahmad Zahid, Umno merupakan parti keramat bagi orang Melayu di negara ini dan jangan rosakkannya dari dalam.

Jelasnya, dalam apa keadaan sekalipun parti keramat ini harus dipertahankan kerana bangsa lain mengharapkan Umno untuk terus menerajui kerajaan.

“Ahli Umno kini hidup dalam zon selesa dan mereka perlu segera keluar daripada zon berkenaan.

“Putrajaya ini merupakan nadi dan sekiranya tumbangnya kerusi ini maka akan tumbanglah kerajaan yang dipimpin Umno dan BN dan perkara ini cukup bahaya,” tegasnya.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget