SUPP, UPP akan berdepan masalah dalam pilihanraya negeri akan datang



SEKILAS PANDANG: Andaian pengerusi Sarawak United People’s Party (SUPP) cawangan Kuching, Lily Yong tentang peluang mengambil alih semula Padungan, hanyalah sekitar 15 peratus tidak kisahlah siapa calon yang akan bertanding, adalah kebenaran yang pahit.

Bukan hanya di Padungan; SUPP juga sebenarnya sangat bertuah sekiranya ada peluang melawan di hampir semua kerusi majoriti pengundi Cina yang secara tradisinya diberikan kepada parti tersebut.

Tetapi untuk menyenangkan SUPP, parti itu tidak bersendirian menghadapi masalah itu.

United People’s Party (UPP) yang merupakan seteru ketatnya, ironinya juga bakal berdepan masalah yang sama.

Alasan Yong dalam mengambarkan keadaan yang tidak menyenangkan itu ialah pengundi Padungan ialah kelompom di situ “berpendidikan tinggi dan mereka sukar dibeli dengan wang”.

Banyak pihak pasti bersetuju dengannya kerana bertahun lamanya SUPP telah memainkan politik “towkay”.

Yong pastinya mengetahui kerana dia telah berada di situ dan melihat bagaimana pendidikan memperkasakan penduduk bandar kepada satu tahap di mana tiada duit yang boleh membeli sokongan mereka.

Apa yang dia cuba katakan ialah SUPP, parti yang gemar menaburkan duit kepada kelompok tidak berpendidikan dan pendapatan rendah, tidak akan mampu berbuat perkara yang sama untuk meraih undi dalam pilihanraya negeri akan datang kerana pengundi bandar sudah mencapai tahap pendidikan dan ekonomi, situasi yang berbeza dengan masa dahulu.

Ia seperti mengatakan yang sekiranya anda seorang towkay satu juta malah 2.6 bilion ganda sekalipun, jangan letakkan kepercayaan anda kepada duit untuk membolehkan anda dipilih oleh pengundi yang berpendidikan. Pengundi-pengundi ini tidak akan tidak tertarik kepada “pala agong” (duit) seperti kata orang Iban.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada sebuah lagi parti towkay, UPP, yang sebenarnya mempunyai kelebihan berbanding SUPP dalam konteks melaburkan berjuta-juta duit kepada pengundi.

Parti politik tidak mempunyai wang, tetapi mereka mempunyai penaja yang bersedia untuk mendermakan berjuta duit kepada mereka seterusnya membolehkan parti politik mengisytiharkan kepada pengundi yang mereka bijak dalam mencari duit untuk membantu membiayai sekolah dan pendidikan.

Pastinya mereka juga menerima derma untuk membantu mereka dalam pilihanraya, seperti RM2.6 bilion yang didermakan untuk membantu Umno mengekalkan kuasa dalam pilihanraya umum 2013.

Tetapi seperti kata Yong, ia tidak akan berlaku di kerusi kawasan bandar di Sarawak. Wang tidak bermakna apa-apa. SUPP hanya mempunyai peluang sebanyak 15 peratus memenangi Padungan.

Berdasarkan pandangan Yong, SUPP hanya akan bertanding di Padungan kerana prinsip. Bayangkan dengan empat atau lima nama calon untuk dipilih, hanya 15 peratus peluang kemenangan walau siapapun calonnya, bukanlah satu peluang kejayaan kepada parti itu.

Malah SUPP akan cuba sedaya upaya menyakinkan dirinya yang mereka tidak hanya bertanding dalam pilihanraya negeri ke 11 semata-mata kerana prinsip.

UPP masih berdiam diri, tetapi apa yang baik untuk SUPP juga baik untuk UPP kerana walaupun mereka musuh ketat, mereka masih berada di pihak yang sama.

UPP juga akan bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina bandar dan perlu bersiap sedia menerima nasib yang sama.

SUPP dan UPP akan dihukum di semua kerusi majoriti Cina bukan hanya kerana pengundi lebih berpendidikan dan undi mereka tidak dapat dibeli oleh wang tetapi juga kerana sokongan pengundi kepada dua parti orang Cina itu terpisah dua.

Dengan duit mereka, sokongan penyokong tegar dapat dikekalkan, tetapi mereka tidak akan mampu membeli mereka yang berada di luar lingkungan mereka.

Hanya ada perbezaan kecil yang membezakan SUPP dan UPP kecuali UPP nampaknya lebih kaya- sekurang-kurangnya begitulah situasi kini.

Sekiranya Wong Soon Koh dan pengikut-pengikutnya tidak menerima maklum balas yang diharapkan daripada pengundi bandar, mereka pasti mencari jalan untuk mengagumkan sesetengah pihak dalam kerajaan dengan kebijakan mereka mencari duit daripada penaja-penaja dan penaung-penaung politik.

Pembangkang mungkin tidak mampu menafikan majoriti dua per tiga Barisan Nasional Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang, tetapi mereka pasti akan membuktikan dakwaan Yong mengenai peluang SUPP- termasuklah peluang UPP - di Padungan ada benarnya.-The Ant Daily (Jimmy Adit)
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget