Pas siasat gambar Hadi dipijak peserta Bersih


BUKIT MERTAJAM - Pas akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung tindakan seorang peserta wanita yang memijak gambar Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0.

NASRUDDIN HASSAN
Sambil melahirkan rasa terkejut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata,parti itu perlu melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kesahihan gambar berkenaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

Tambahnya, beliau turut menerima kiriman gambar berkenaan melalui aplikasi WhatApp hari ini.

“Kita kena pastikan sama ada gambar berkenaan asli atau diedit. Saya harap ia tidak betul tetapi sekiranya benar berlaku ketika perhimpunan Bersih 4.0 semalam, perbuatan berkenaan mendukacitakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Nasrudin berkata demikian ketika di­minta mengulas gam­bar seorang wa­nita memakai baju T berwarna kuning yang memijak gambar Abdul Hadi yang sedang memeluk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar berkenaan yang dikongsi beberapa laman sosial termasuk portal berita propembangkang kini menjadi viral dan orang ramai mengecam tindakan biadab berkenaan.

Sementara itu, Nasrudin berkata, penubuhan parti serpihan Pas, Gerakan Harapan Baru (GHB) sudah dijangka sejak awal iaitu kira-kira dua bulan sebelum berlangsungnya pemilihan parti Jun lalu.

Tambahnya, beliau menerima minit mesyuarat kumpulan pemimpin tertentu dalam parti itu yang mahu menjayakan rancangan berkenaan termasuk perkara yang akan dilakukan sekiranya mereka menang dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61.

“Maklumat itu turut memperincikan apa yang akan dilakukan sekiranya kumpulan berkenaan tewas.

“Sebab itu kita tidak terkejut dengan penubuhan parti berkenaan oleh pemimpin yang kalah dalam pemilihan,” katanya.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget