SPDP mahu kerusi DUN Samalaju dan Mulu

MAHU SAMALAJU, MULU: Robert (tiga kanan) bersama exco Pemuda SPDP.

MIRI: Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sa-malaju dan Mulu diserahkan kepada SPDP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda SPDP Robert Ayu berkata alasan kukuh patut dipertimbang ialah kerana kedua-dua kerusi itu di bawah konstituensi Parlimen Bintulu dan Baram yang diwakili wakil rakyat SPDP.

“Kami exco Pemuda SPDP percaya bahawa kerusi DUN Samalaju dan Mulu akan diserah kepada SPDP kerana majoriti penyokong termasuk ahli SPDP berada di kawasan Baram dan Bintulu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika diperkenan pihak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Sarawak, kedua-dua kerusi berkenaan akan mendapat sokongan kukuh penyokong SPDP di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, Pemuda SPDP telah menyatakan hasrat meminta dua daripada enam kerusi DUN baharu di negeri ini iaitu bagi DUN Samalaju dan Mulu ekoran mendapat sokongan kukuh penyokong SPDP.

Robert turut menyokong penuh usaha penggabungan SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam usaha mengukuhkan kekuatan parti dalam komponen BN.

Beliau berkata ketika mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SPDP di Kuching pada Ahad lalu (16 Ogos) telah tercapai kata persetujuan meneruskan usaha penggabungan kedua-dua parti itu pada masa akan datang.

“Kami di bahagian Pergerakan Pemuda SPDP menyokong penuh usaha kedua-dua pihak bergabung ke arah mengukuhkan jentera kekuatan parti bernaung di bawah kepimpinan BN,” katanya.

Beliau turut menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memohon agar negeri ini diberi lebih kuasa autonomi sejak Sabah dan Sarawak menyertai penubuhan Malaysia pada 1963.

“SPDP memberi sokongan penuh terhadap penekanan bahasa Inggeris di negeri ini, kebebasan beragama dan undang-undang imigresen.

“Apa yang paling penting ialah setiap jawatan tinggi jabatan kerajaan harus disandang anak jati negeri ini,” jelasnya. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget