PKR Miri sedia bas penyokong BERSIH 4.0 ke Kuching

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri akan menyedia sebuah bas khas kepada penyokong yang ingin menyertai Perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di Kuching pada 29 dan 30 Ogos ini.

Ahli Parlimen Miri, Michael Teo Yu Keng berkata PKR Miri mempelawa mana-mana individu berminat menyertai BERSIH 4.0 akan menyertai rombongan bas khas disedia pihaknya.

“Bas khas ini akan berangkat dari Miri pada 28 Ogos dan penyokong PKR dan orang ramai yang berminat menyertai perhimpunan ini boleh berhubung terus kepada PKR Miri,” katanya dalam sidang media semalam.

Mengulas mengenai perhimpunan itu, ia adalah bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, ketelusan kerajaan, hak berhimpun, memperkukuh sistem Parlimen demokrasi dan menyelamat ekonomi negara.

“Ini satu peluang besar mengadakan bantahan aman dengan membawa suara rakyat supaya kebimbangan rakyat terhadap ekonomi semasa dapat didengari kerajaan sedia ada,” katanya.

PKR Miri juga menyuara pandangan bahawa perhimpunan itu satu keperluan menyediakan ruang lebih demokratik dan kurangnya campur tangan kerajaan dalam penguatkuasaan dan kehakiman.

“Pemisahan kuasa merupakan asas kepada demokrasi sihat, sehubungan itu kita mengucapkan penghargaan kepada penganjur BERSIH 4.0 kerana memberi ruang kepada rakyat untuk berhimpun menyuarakan pendirian,” katanya.

Orang ramai ingin menyertai perhimpunan itu boleh menghubungi Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di talian 019-8745020.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget