Sarawak catat 52 kes kebakaran belukar dalam tempoh 25 hari


SIBU: Sarawak merekodkan 52 kes kebakaran semak dan belukar sejak 1 hingga 25 Ogos lalu dan Miri merekod kes paling tinggi iaitu 18 kebakaran, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norhisham Mohammad.

Katanya, peratusan tidak berbeza kerana terdapat 53 kes kebakaran semak dan belukar untuk bulan Ogos bagi tahun 2014 berbanding 52 bulan ini.

Beliau berkata demikian semalam ketika ditanya mengenai bilangan bilangan kes kebakaran hutan dan belukar sepanjang bulan ini.

Beliau percaya bahawa faktor sikap manusia punca utama kejadian kebakaran tersebut.

Norhisham menjelaskan pada bulan Julai lalu terdapat 99 kes kebakaran semak dan belukar dilaporkan berlaku di seluruh negeri.

Jelas beliau, hampirkan kesemua kes kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada kes cuaca kering.

Keadaan itu memaksa balai bomba di Lopeng dan Miri berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam tempoh 24 jam sementara di Samalaju anggota bomba bekerja secara syif untuk 48 jam bagi menangani kes kebakaran yang sama.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi memberitahu semua bentuk pembakaran terbuka perlu dielak buat masa ini.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan memburuk lagi keadaan memandangkan jerebu kini sedang ditiup angin merentasi sempadan dari Kalimantan ke Sarawak.

Setakat jam 2 petang Ahad lalu, Sri Aman telah merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 123 diikuti Samarahan (113) dan Kuching (103).

Bagaimanapun bacaan IPU di empat kawasan setakat jam 10 pagi semalam menunjukkan kualiti udara adalah sederhana.

Keempat-empat kawasan tersebut ialah Samarahan dengan bacaan IPU 75, Sri Aman (71), Kuching (69) dan Sarikei (55).

Manakala kawasan lain seluruh negeri merekod kualiti udara baik dan bersih.

- Borneo Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget